31 Jul 2011

Sehari sebelum Ramadhan

Pasar Borong Selayang - view dari atas jambatan..


Korang nampak tak tu.....aduiii ..gini le rupa Pasar Borong Selayang kalau hari Ahad..nak pulak lagi esok dah nak puasa..sesak bukan main...jangan kata yang naik keta..aku yang naik moto ni pun bley tersekat kat celah-celah keta tu..hari Ahad gi pasar naik keta?? huh..kim salam...menambahkan tension jer..

Pemandu-pemandu kita kat Selayang ni satu hal la pulak...dah macam rupa Myanmar yang meniaga kat luar pasar tu...kalau yang Myanmar ni ye la tak paham bahasa Malaysia..dia main letak bakul dia suka-suka hati jek..sampai nak ke tengah jalan...yang pemandu kita ni pulak, parking bersepah-sepah dah tak tentu arah dah..blok suka-suka ati je..masa ni la kita boleh tengok diaorang ni ada akai ke tidak...
Hari ni harga barang-barang kat pasar masih macam biasa....tapi kebanyakannya dah abis awal-awal lagi...berangan nak masak lemak cili api pucuk paku...tapi hampehh...licau...nak beli santan pun punya la panjang kiu dia..at last aku beli ikan kembung je..nak wat goreng and then beli taugeh buat masak lemak putih. kat umah ada ikan bilis yang boleh aku buat sambal goreng...huh sudah...tak kuasa nak berpusu-pusu dalam pasar tu..
Lalu depan NSK pulak...pun ramai gak manusia..tiap-tiap kali lalu pun memang ini le keadaannya...aku rasa tokeh NSK ni memang dah kaya raya gamaknya..orang dok shopping je kat sini..ni baru nak puasa..nak raya nanti korang tunggu le camne rupa kawasan ni..nanti aku update sehari sebelum Aidilfitri lak... :))




  

cikaje: Roh di Bulan Ramadhan

cikaje: Roh di Bulan Ramadhan: "Masa aku dok belek-belek email lelama, terpandang salah satu email yang pernah dikirim oleh salah seorang sahabat dan tertarik dengan kan..."

Roh di Bulan Ramadhan

Masa aku dok belek-belek email lelama, terpandang salah satu email yang pernah dikirim oleh salah seorang sahabat dan tertarik dengan kandungannya. Sempena nak menyambut Ramadhan Al Mubarak, elok aku kongsikan untuk iktibar bersama.


" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.



Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.



30 Jul 2011

Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia

Berita Harian Online | Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

11 Jul 2011

Langkawi (3)

Bangun pagi-pagi sebab hari ni nak gi sambung berjalan lagi. Semalam masa aku sewa chalet kat Sandy Beach Resort ni, dia kata skali ngan pakej breakfast...so tak yah nak risau mane nak cari tempat makan pagi-pagi nih..pegi ke tempat makan dia dengan harapan ada le buffet seperti yang diberitahu..sampai kat sana, yang ada hanya nasi goreng & mee goreng yang ala-ala nak tak nak je dihidangkan...alahaiiii...ini ke buffet nye...bila ditanya diaorang kata ni je yang tinggal..yang lain dah abis...takkan le tak bajet berapa ramai yang menginap kat situ..kitaorang pun makan le apa yang ada kat situ..alas perut je janji jangan lapar, udah..


dah sudah makan, kita jenjalan tepi laut..relaks n enjoy je...hilang kejap suasana sesak kota dan keje yang melambak kat opis nun..

jom kita jenjalan lagi...kali ni kitaorang nak pegi Makam Mahsuri yang sangat la femes itu..suasana sunyi..tak ramai pelancong yang datang..


lepak kat tangga rumah mahsuri..






melawat kawasan galeri yang menceritakan kisah yang berlaku dizaman Mahsuri, melawat replika rumah Mahsuri, (walaupun diaorang kata replika je, bukan rumah asal, tapi aku rasa tak bes la dok lama2 kat sini...he..he..bab2 dialam misteri ni memang aku tak gemar sket.. )

keluar dari kawasan galeri Mahsuri ni, ada banyak peniaga yang membuat jualan,,kebanyakannya jual minyak gamat le dan berjenis minyak le lagi..

harga bley tahan nih..

laki den dok belek je dari tadi...tapi tak beli apa pun..
lokasi seterusnya dah tentu la kita pegi town dia pulak..pusing2 kat pekan dia takde nampak apa2 yang menarik sangat..so gerak la pegi Haji Ismail Group pulak...tempat wajib pegi ni bila kita kat Langkawi..
apa yang best sangat tu..??

syurga cekelat bila sampai kat sini..

dah try survey kedai lain, kedai ni punya harga cekelat memang terbaekk..
pusing punya pusing dah dekat 2 jam dah aku kat kedai tu...hasben dah tak larat nak follow..dia lepak dalam kereta memantau anak aku yang berdua tu..

dan hasilnya...


lebih RM500 yang aku belanjakan kat situ untuk cekelat saja....walauwehhhh...

sambung lagi..

9 Jul 2011

Langkawi (2)

Sampai je kat jeti di Pulau Langkawi tu..owhh..ramainya orang...pelancong-pelancong asing dan tak ketinggalan jugak rombongan Cik Kiah. Dalam kawasan duty free tu tak le banyak kedai sangat..ala kadar je..keluar je dari kawasan duty free tu, ada berlambak ejen yang dah tunggu untuk carikan kereta sewa dan hotel. Aku dah siap2 contact ngan sorang ejen ni - nama dia Zaid. Ramah sungguh dan sabar melayan banyak soalan-soalan yang dok aku tanya. At last aku amik Myvi - Rm80 sehari - untuk 2 hari je cukup la.

Bab transport dah settle..mane plak nak melepak nih..aku bercadang untuk menginap sehari dikawasan tepi laut. Mane lagi...ke Pantai Chenang le kita..pusing-pusing, tanya sana sini kebanyakan dan fully booked. Weekend la pulak tu kan..at last dapat satu chalet kat Sandy Beach Resort. 2 katil besar = RM120. ok la tu dari takdo..Dengan cepat kitaorang mengemas-ngemas beg kain baju dan bersiap untuk mula merayau kat Langkawi tu..
tengah usha tiket ada lagi tak..


Dalam fikiran aku dah tergambar nak naik keta kabel je...lagi pun dah petang ni, harga murah sikit..RM15 je untuk dewasa. Kalau sebelum pukul 5 petang, harganya = RM30 seorang...hu..hu...jimat separuh tu..beratur punya la lama...sampai lenguh dan nak naik kebas le kaki aku berdiri beratur..adalah sejam baru le lepas naik ke cable car tu..

Hishhh...tingginye dari aras tanah..sume pun dah nampak sayup-sayup jek..anak-anak aku suruh tutup mulut..jangan cakap yang bukan-bukan...tempat tinggi camni kene jaga skit ohh...jangan main sebut je...pantang aku tu..he..he...ada skali tu, angin bertiup agak kencang..jadi cable car tu automatic terhenti dengan sendiri...berayun le kitaorang kat atas tu...adoyaii...relak...relak...


Sampai kat hentian pertama, kitaorang turun kejap untuk bergambar dengan view dari tempat tinggi..tak bley lama-lama kat sini sebab hari dah nak gelap lagipun angin yang sepoi-sepoi bahasa tu macam dah nak start kencang jer..naik balik cable car tu untuk sampai kat atas lagi iaitu hentian ke2. Kat atas tu aku tengok ramai benar yang tengah beratur tunggu cable car. Kitaorang tak jadi le turun..kang tak pasal-pasal kene beratur sampai kemalam nak turun kat bawah balik.
dah start nak gelap...apa pun tak nampak dah ni...baik le turun bawah je..


pintu masuk ke tempat cable car
 Hari pun dah malam..takde tempat nak merayau lagi...so kitaorang cari kedai makan je la..tak banyak kedai makan yang aku lihat sepanjang nak ke Pantai Chenang...kalau ada pun macam tak ramai orang yang datang singgah jer..at last pilih satu kedai tomyam..kedai biase je..dari takde orang kat situ, bila kitaorang dah masuk, lepas tu satu persatu kereta singgah sampai le nak penuh kedai tu...kitaorang nih bawak ONG tak untuk kedai tu....he..he.....

sambung lagi....



8 Jul 2011

cikaje: Langkawi (1)

cikaje: Langkawi (1): "Hari Jumaat 8/7/2011 punye le bz giler kat opis...planning amik cuti 1/2 day pagi terpaksa aku tunda pada 1/2 day petang. Ok gak la..leh aku..."

Langkawi (1)

Hari Jumaat 8/7/2011 punye le bz giler kat opis...planning amik cuti 1/2 day pagi terpaksa aku tunda pada 1/2 day petang. Ok gak la..leh aku preparekan baju untuk trip malam nanti..Setelah berjaya melepaskan diri dari opis, aku pun siap-siapkan la apa yang patut...dah petang tunggu Mat Deris balik pulak ngan anak-anak then terus kitaorang keluar amik teksi gi Stesen Komuter Batu Caves. dari situ ngam-ngam sampai KL Sentral tunggu train kitaorang yang nak ke Arau, Perlis.

Tunggu punye tunggu, train asyik delay jer...dari 1/2 jam ke 1/2 jam lagi...tension betul..penumpang yang dok beratur elok-elok kat terminal tu, aku tengok sume dah berterabur..aku pun apalagi...seperti mereka-mereka yang lain...letak beg elok-elok then bersila la atas lantai kat KL Sentral tu...eeiiii...lepas 1 1/2 jam menunggu baru la kitaorang dipanggil untuk masuk ke dalam train Senandung Langkawi.

Aku cuma dapat booking tempat tido atas...sebelah bawah dah penuh sume..anak-anak dok excited sebab 1st time naik train jalan jauh...siap ada tempat tido lagi...biase kitaorang naik flight je kalau jalan jauh ni...tak taw diam le anak-anak aku ni...dok turun naik panjat katil je la keje diaorang..

puas nak kene pantau si hafiz ni...

tido dalam train ok je walaupun bed dia agak kecik...tido sorang ok...kalau kene share leceh skit sebab sempit le...kafeteria dia takde meriah jual apa-apa....mungkin sebab time aku pegi tu dah pagi...yang ada biskut-biskut, air panas yang diaorang bancuh, maggi cup....harga agak mahal...aku beli air panas 2 cawan, bancuh sendiri kopi 3 in 1 yang memang dah standby dalam beg aku ni...lagi sedap dan jimat :)

Sampai stesen Arau lebihkurang kul 10 pagi..cari teksi untuk ke jeti Kuala Perlis. Caj teksi untuk ke Kuala Perlis = RM24 untuk satu teksi. Kalau naik kongsi-kongsi sorang dia charge RM6 jer..



Perjalanan ke jeti ambik mase tak sampai 1/2 jam pun...agak2 dalam 20 minit. Kene beratur pulak nak beli tiket feri ke Langkawi. punye le lama nak beratur...orang ramai..at last dapat tiket yang pukul 12.30pm...yang pukul 11.40 dah abes...so tunggu le..nak wat camne kan..tambang feri - dewasa RM18 manakala tambang kanak-kanak RM13.

Ada banyak gerai makan sekitar kawasan jeti tu...memandangkan dah nak tengahari dan nak menunggu masa untuk naik feri so kitaorang pun pegi la breakfast merangkap lunch...ada satu kedai ni...nama dah lupa tapi location dia betul-betul depan jeti...lauk untuk makan tengahari ada banyak...harga biase je..ala-ala warung kat KL...tapi ada satu menu yang dah menarik minat aku...tak lepas peluang untuk menikmatinya...

pulut durian...owhhhh...sedap nyer..
tepat pukul 12.30 kitaorang pun naik feri menuju ke pulau. perjalanan lebihkurang 45 min ke 1 jam.

sambung nanti..