9 Jul 2011

Langkawi (2)

Sampai je kat jeti di Pulau Langkawi tu..owhh..ramainya orang...pelancong-pelancong asing dan tak ketinggalan jugak rombongan Cik Kiah. Dalam kawasan duty free tu tak le banyak kedai sangat..ala kadar je..keluar je dari kawasan duty free tu, ada berlambak ejen yang dah tunggu untuk carikan kereta sewa dan hotel. Aku dah siap2 contact ngan sorang ejen ni - nama dia Zaid. Ramah sungguh dan sabar melayan banyak soalan-soalan yang dok aku tanya. At last aku amik Myvi - Rm80 sehari - untuk 2 hari je cukup la.

Bab transport dah settle..mane plak nak melepak nih..aku bercadang untuk menginap sehari dikawasan tepi laut. Mane lagi...ke Pantai Chenang le kita..pusing-pusing, tanya sana sini kebanyakan dan fully booked. Weekend la pulak tu kan..at last dapat satu chalet kat Sandy Beach Resort. 2 katil besar = RM120. ok la tu dari takdo..Dengan cepat kitaorang mengemas-ngemas beg kain baju dan bersiap untuk mula merayau kat Langkawi tu..
tengah usha tiket ada lagi tak..


Dalam fikiran aku dah tergambar nak naik keta kabel je...lagi pun dah petang ni, harga murah sikit..RM15 je untuk dewasa. Kalau sebelum pukul 5 petang, harganya = RM30 seorang...hu..hu...jimat separuh tu..beratur punya la lama...sampai lenguh dan nak naik kebas le kaki aku berdiri beratur..adalah sejam baru le lepas naik ke cable car tu..

Hishhh...tingginye dari aras tanah..sume pun dah nampak sayup-sayup jek..anak-anak aku suruh tutup mulut..jangan cakap yang bukan-bukan...tempat tinggi camni kene jaga skit ohh...jangan main sebut je...pantang aku tu..he..he...ada skali tu, angin bertiup agak kencang..jadi cable car tu automatic terhenti dengan sendiri...berayun le kitaorang kat atas tu...adoyaii...relak...relak...


Sampai kat hentian pertama, kitaorang turun kejap untuk bergambar dengan view dari tempat tinggi..tak bley lama-lama kat sini sebab hari dah nak gelap lagipun angin yang sepoi-sepoi bahasa tu macam dah nak start kencang jer..naik balik cable car tu untuk sampai kat atas lagi iaitu hentian ke2. Kat atas tu aku tengok ramai benar yang tengah beratur tunggu cable car. Kitaorang tak jadi le turun..kang tak pasal-pasal kene beratur sampai kemalam nak turun kat bawah balik.
dah start nak gelap...apa pun tak nampak dah ni...baik le turun bawah je..


pintu masuk ke tempat cable car
 Hari pun dah malam..takde tempat nak merayau lagi...so kitaorang cari kedai makan je la..tak banyak kedai makan yang aku lihat sepanjang nak ke Pantai Chenang...kalau ada pun macam tak ramai orang yang datang singgah jer..at last pilih satu kedai tomyam..kedai biase je..dari takde orang kat situ, bila kitaorang dah masuk, lepas tu satu persatu kereta singgah sampai le nak penuh kedai tu...kitaorang nih bawak ONG tak untuk kedai tu....he..he.....

sambung lagi....