25 Dec 2011

Aroma Ikan Bakar Jeram

Kali ni lokasi jalan-jalan cari makan kita = Aroma Ikan Bakar Jeram. Ramai member dah gi sana & rekomen kat aku supaya pegi try tengok camane..Perjalanan dari Selayang melalui Templer Park, Rawang dan terus amik highway Latar. Kejap je dah sampai simpang nak ke Kuala Selangor. Kalau ikut Latar ni, perjalanan cuma 20 minit je. Tak yah nak lalu laluan bengkang bengkok kat Ijok nun....dengan berderet-deret kenderaan lagi...

Dari simpang tu pulak, kene belok kiri. Kalau amik kanan, pegi Kuala Selangor le jawabnye..daripada situ, perjalanan lebihkurang 10 minit then dah boleh nampak signboard Medan Ikan Bakar kat belah kanan. 


Ada beberapa kedai makanan laut kat sana tapi nampaknye yang paling popular dah tentu la Aroma Ikan Bakar. Berderet-deret kenderaan. Ni first time aku pegi. Dah call awal tapi pekerja tu suruh walk in je tak yah booking. Nasib baik aku datang tercepat 10 - 15 minit je sebab lepas tu bukan main ramai yang berdiri je tunggu meja kosong. Ada macam-macam jenis tempat makan. Dari meja biasa, bawah khemah, dalam pondok buloh, makan bersila mengadap laut la....agak frust gak sebab tak dapat meja yang mengadap laut tu...kalu tak mesti lagi feeling ek...


Dah dapat meja, aktiviti seterusnya kene gi pilih ikan atau udang atau makanan laut yang mane kita berkenan kat belah depan kedai tu. Beratur panjang gak..ada berjenis-jenis hasil laut..yang penting sume pun fresh..mesti baru mendarat nih..  dah siap tu kene gi timbang & kasi taw nak masak apa..jangan lupa kasi taw nombor meja..kang tak sampai lak lauk sume..


Menunggu makanan agak lama gak...anak-anak aku dah start tak taw diam..berlari ke sana sini..sibuk nak gi tengok laut je kejenya..Hafiz lak memang dah hyper aktif dah..ada skali tu, tergolek kat tanah...ehhh dengan selambanya dia bangun dan berlari balik..aku dah tak kuasa nak marah..

Agak-agak dalam setengah jam ke 45 minit menunggu baru le sampai makanan aku...perut memang dah berkeriok je nih..nampak je lauk-lauk tu, aahhhhh best sungguh..

ikan bawal sweet sour

ketam goreng bercili

butter prawn

kailan campur cendawan
ni je la yang aku order...tu pun dah kira banyak sebab yang nak makan nye cuma 2 orang dewasa. hafiz ngan daniell makan banyak mane benau.. masakan memang sedap..hilang tension sebab kene tunggu lama tadi.. makanan laut memang terasa fresh..
mane satu nak start nih...


untuk hidangan sebanyak tu aku bayar RM66 jer... murah kan....perghhhh...banyaknye aku makan...sakit perut dah ni...

dah selesai sume, moh kita jalan-jalan tepi pantai...lepak-lepak jap amik angin petang..