Sawadikap...
Kali ni kita bercerita tentang trip Cik Aje ke Chiang Mai. Pagi Jumaat tu kami dimestikan ada kat LCCT Terminal pukul 5.00am sharp untuk check in. Urusan check in dan pelbagai agak pantas kerana kali ni kitaorang dapatkan khidmat dari Tours Of Peninsula Sdn Bhd. Staf dia memang cekap jaga kami. Penerbangan akan berlepas pada jam 6.55 pagi menerusi penerbangan AK762.
ni baru lepas berlari sebab takut tertinggal flight.. |
bersama ngan geng borak.. |
Perjalanan mengambil masa lebihkurang 2 jam 40 minit dari KL ke Chiang Mai. Ketibaan kami disambut dengan kalungan bunga oleh gadis ChiangMai yang cun belaka..tak sempat nak snap gambar. Disebabkan masih awal pagi, kitaorang pun dibawa ke local restaurant untuk breakfast. Walhal atas flight tadi dah makan dah..
Pastu jalan lagi dan di bawa melawat kat salah satu landmark terkenal kat Chiang Mai - 3 Kings Monument - King Mengrai, King Ramkamheng & King Ngam Muang.
Masa kitaorang sampai kat sini, diaorang ni tengah ada festival lanterns so kat mane-mane pun bley tengok banyak tanglung yang bergantungan dan dihias secara kreatif.
Puas dah memasing bergambar kat situ, kitaorang dibawak pula ke Wat Phrathat Doi Suthep...salah sebuah kuil terbesar dan suci masyarakat di sini. Terletak di aras tinggi dikawasan bukit. Nak naik kesana samada naik tangga atau kalo malas, naik je la lif yang seakan cam kat Bukit Bendera tu..
Aku dok tinjau dari luar je...tak masuk pun dalam kuil tu..so tatau apa yang ada kat dalam tu...member kata dari dalam kuil tu ada tempat yang kita boleh tinjau dan nampak sebahagian besar daerah Chiang Mai dari situ..yang aku tak larat kat situ...hadoiiii... punye le banyak anjing kat atas tu...kejap-kejap lalu tepi kita...dok terkejut je aku ni..yelah nak kene ngelak kan..nak duduk kat kerusi atau nak bersandar pun rase was-was je.... sepanjang nak turun bukit tu, kitaorang turun la ikut tangga..banyak orang berjualan di kawasan tu..macam-macam barang ada...harga murah...terlebih lagi kalo kita pandai menawar...
jalan punye jalan perut pun dah lapau...so lunch kita kat Khao Mao Fang Thai Restaurant...wahhh cantiknye tempat ni...rase cam kita dalam taman istana raja dulu-dulu je..tengok je la gambar-gambar kat bawah ni...
pintu masuk |
ruang makan |
sinki |
suke suke lepas makan |