4 Mar 2012

Jalan Jalan Chiang Mai (3)

Hari ke 3 kat Chiang Mai.....pagi ni pukul 7 dah kene bangun & bersiap untuk breakfast kat Last Recipes lagi. Pukul 9 pagi sume dah kene berangkat ke Ballroom 2 kat Level 2 untuk seminar CTS. wajib pegi wo....tak bley nak ponteng2..


lebihkurang 1 - 1 1/2 jam, seminar pun selesai dan sesi bergambar ramai2 kat lobi hotel..


dah sudah sesi bergambar ramai2 tu then kita proceed untuk lawatan seterusnya ke Central Airport & Robinson Mall.. kira macam shopping mall yang top kat sini la..


lunch hari ni kene sdn bhd...so kitaorang merayau rayau le dalam mall tu sambil cuci mata & cari makan gak..tapi susah nak jumpa makanan halal kat sini...takat minum2 air ngan makan kacang je la..walaupun kat restoran yang jual nasi ayam tu ada tulis halal tapi....hmm... was was la pulak nak beli..mcd ada tapi....mesti tak halal la tu...








yang ni nampak menarik...

rupanya kacang soya yang dah dimasak dan dibentuk dengan kreatif
penat betul meronda kat Robinson Mall nih...takde beli amende pun...kecuali menda yang berwarna warni kat atas tu...cantik sangat...

 agenda seterusnya = lawatan ke Baan Tawai Handicraft and Antiques Village. kat sini banyak barang-barang kraftangan buatan penduduk tempatan dan dari puak2 kawasan pedalaman. harga agak murah dan tak boleh tawar menawar lagi..kalo nampak ada yang bekenan tu beli je la kat sini sebab bila pegi kat tempat lain samada tak jumpa barang2 camni lagi atau harga jadi berkali ganda..

pelbagai jenis kraftangan

lengang la pulak..

nampaknye dah panjang berjela gambar2 untuk hari ke 3 nih....belum lagi citer dinner kat Good View Restaurant & Pub...belum lagi citer pasal shopping kat Tha Phae Sunday Walking Street..

sambung lagi la nanti..