26 May 2012

Candylicious@KLCC



dah beberapa kali dah aku terbaca pasal kedai candylicious nih...nampak cam best je banyak gula2 dan cekelat..jadi hari sabtu tu takde nak wat apa kat rumah, aku ajak la en.hubby gi jenjalan kat klcc..dah lama tak bawak anak ronda2...


berpusing-pusing cari kat tingkat bawah tu..mane ek...ground floor kut..baru jumpa ngan maskot ni menandakan kita dah pun sampai depan kedai tu..ada macam macam jenis gula-gula dan cekelat kat dalam tu..buatan malaysia dan dari luar negara..

 

hepi la anak anak aku nampak macam2 jenis manisan kat situ...haipp..amik 1 je tau... (kes bajet la ni sebab reganye..aduss..)


aku tertarik ngan gula-gula nih..comel..diaorang susun tiap-tiap satu jenis dalam satu balang jadi kat dinding tu ada dekat 30 balang gula-gula ni yang berwarna warni dan pelbagai perasa..staf kat situ tak kasi aku amik gambar balang beserta gula-gula..takut orang tiru kut style diaorang..jadi beli dalam 300gm bawak balik umah dan amik gambar..he..he.abis citer..