11 Jul 2012

Niaga kat Bazaar Ramadhan...



hari ni memang bz betul..aku sesaja amik cuti hari ni sebab nak kene amik lesen dan cabut undi untuk tapak bazaar ramadhan nanti...planning nak mohon untuk tapak kat Pinggiran Bt Caves...tapi sampai kat sana diaorg kata tapak tu diambil alih oleh pihak JKK kawasan tu..tinjau-tinjau lokasi yang agak panas tapi barisan orang beratur....tu dia...dah melimpah-melimpah...2-3 jam beratur, mau tak tentu leh sampai turn aku ni kang..cuaca lak nampak semakin mendung..anytime hujan leh turun ngan lebat..

sebelum beratur untuk dapatkan tapak pilihan kita, dokumen kene lengkap dulu..salinan i/c, kursus pengendali makanan, dah dapatkan suntikan TY2...kalo belum ada sijil kursus & kad suntikan, ada kaunter khas yang disediakan untuk sume tu...beratur lagiii....

tak daya aku nak beratur panjang2 tu..disebabkan aku dah ada sijil kursus pengendali makanan tapi tak amik suntikan TY2 lagi, jadi aku buat keputusan untuk dapatkan suntikan tu kat klinik swasta je la..tak yah tunggu lama2..bayaran pun sama je ngan yang kat kaunter MPS ni.. ngam-ngam aku gerak, tu dia....hujan turun selebat-lebatnya...

dipendekkan cita, 2 jam selepas tu, hujan dah reda, aku pun datang balik kat tempat mohon lesen tu..orang dah kurang..tapi banyak tapak kawasan best dah takde..habiss...aku tinjau2 lokasi yang tinggal tu...at last buat keputusan untuk cuba tapak bazaar ramadhan kat Kg Melayu Sg Buloh...harap2 lokasi bagus..semua urusan di selesaikan pada hari tu jugak..ambik gambar, buat bayaran, cabut undi tapak, dan dapat lesen terus...senangkan macam ni...tak yah nak datang banyak kali..nampaknya MPS dah ada peningkatan..walaupun staf yang jaga kaunter masih lagi slow service..

ok..nak prepare apa2 yang patut ni...semangat-semangat..  ;))