12 Apr 2012

Shida Yaacob meninggal dunia??


agak lama juga aku abaikan blog ni sebab sibuk ngan rutin harian yang semakin padat tapi lewat malam tadi pertanyaan dari beberapa orang sahabat lama membuatkan aku tertanya-tanya... mereka inginkan kepastian jika benar khabar angin yang bertiup kencang malam tadi tentang salah seorang rakan satu sekolah kami (SEMERA) telah pergi mengadap Ilahi - iaitu Shahida Yaacob atau lebih kami kenali sebagai Shida.

aku masih belum dapat mengesahkan kebenaran berita ini tapi melalui perbualan dengan beberapa orang sahabat melalui laman Facebook, ramai yang dah mengiyakan cerita tersebut..

apa yang diberitahu ialah jenazah arwah telah dikebumikan siang tadi di Kota Damansara S9 dan meninggal dunia akibat sakit leukimia...

aku akan cuba dapatkan info yang lebih lengkap dan juga pada kengkawan yang ada maklumat terkini boleh la share pada member member lain melalui laman Facebook Semera..