31 Dec 2012

Happy New Year 2013

beberapa jam lagi akan berlabuh tirai 2012 dengan segala kenangan suka duka..dan 2013 pun akan menjelma..nothing special untuk aku....tahun berganti maknanya umo pun bertambah kan...takde nak hepi-hepi tunggu kul 12 malam...ada bunga api pun tengok ikut tingkap umah ni je...maklum la tingkat 11..banyak view leh nampak..

apa azam tahun 2013 ek?? ok...nak pikir pikirkan jap...

28 Dec 2012

Durian Crepe & Pavlova


nyum..nyum...dah lama dengar pasal 2 jenis makanan ni, at last merasa gak..setelah berminggu-minggu tunggu, akhirnya malam rabu lepas Ani call aku kata dia ada kat KL. kalo aku nak merasa hasil air tangan nye itu, aku kene gi amik malam tu gak sebab pagi esok dia nak balik semula ke Johor. haishhh..nak tak nak kene gi amik gak ni..

durian crepe dijual dengan harga RM10 untuk satu box. dalam dia ada 6 keping crepe yang comei..alahai..2x ngap je abis seketul..he..he..tapi seyes..memang sedap dan tak muak langsung..durian lak dia gunakan yang jenis D24 punye...kulit luar tu macam kuih ketayap tapi yang ni lebih nipis..dan bahagian dalam tu whipped cream dia campur ngan durian..tapi mesti ada sukatan yang betul kan..

pavlova ok la..bahagian bawah tu puff dilapisi ngan whipped cream dan bahagian atas sekali diliputi dengan buah2an..sedap gak tapi rasenye aku lebih suka durian crepe lagi..

rase-rase memang kene cari resepi betul-betul ni...anak-anak aku sume suka..nak beli banyak tak lalu le aku..haish..

22 Dec 2012

Kotornye R & R Air Keroh, Melaka


Balik dari Kluang menuju KL melalui Lebuhraya Utara Selatan, kami singgah sebentar kat R&R Air Keroh. tak penah pun singgah sini sebenarnya jadi saja je la kitaorang nak menjengah. menjejakkan kaki disini nampak selesa dengan kemudahan asas yang ada....tinjau-tinjau gak kiosk yang menjual pelbagai jenis makanan...boleh tahan harga tak mahal sangat..
 perut pun dah lapar, teringin la pulak nak cuba makanan kat sini..
namun aku rasa sangat terganggu dengan tahap kebersihan dikawasan ini..cuba tengok ni...
korang lalu ke nak makan kalo suasana nye camni...
aku tak paham camne la diaorang ni boleh makan makan kat sini dengan dikerumuni lalat yang punye le banyak cenggini..
PIHAK PENGURUSAN...BUAT LE SESUATU....HAISSHHHH....

Kluang Rail Coffee

dah alang alang sampai kat Kluang ni, aku pun ajak le my sis pegi breakfast kat sini...dah lama teringin nak tengok tempat ni....dengar cam best je.. meh kita masuk..
orang punye le ramai...meja penuh je..susah nak jumpa yang kosong..agak agak nampak meja kosong tu cepat cepat le gi duduk..tak yah nak pilih pilih sangat...my sis dengan pantas dah dapatkan tempat..dah biase le tu..he..he..aku lak gi tinjau tinjau apa yang ada kat dapur..
roti dibakar menggunakan dapur arang..
diaorang ni cuak je tengok aku dok amik gambar..he..he..
tak tau apa yang my sis order, dia nampak enjoy makan roti ;)
cik aje nak jugak...hik..
melihat pada menu dan harga, makanan disini dikategorikan sebagai murah dan sedap..tak hairan kedai ni penuh je sentiasa..nak try sendiri pegi la singgah...lokasi kedai ni betul betul kat stesen keretapi Kluang..senang je nak cari..

16 Dec 2012

Serimuka Durian


Petang ni rase takde apa-apa aktiviti sangat..rumah lak rase sunyi...2 orang anak bujang dah gi keje..daniell lak dah gi ngikut maklong dia balik johor...tinggal la aku ngan si hafiz kat umah..en.husband dah gi join konvoi motor scram ke teluk batik..(amboii)..tiba-tiba datang la mood rajin aku nak buat kuih..tengok2 kat dapur tu masih ada durian 2-3 biji..asik-asik buat wajik durian je..hari ni meh kita cuba la buat kuih serimuka durian..maka sibuk la aku menggoogle beberapa blog nak cari resepi..aku ulang baca bahan-bahan dia 2-3 kali kasi hafal sket then dengan semangat berkobar, bergerak le kedapur memulakan acara memasak..

mula-mula kukus pulut..aku kukus sampai sekilo pulut..dah terbanyak la pulak...takpe...kita guna separuh je..yg separuh lagi nanti kita buat makan ngan kuah durian untuk sarapan pagi..

pastu aku cedok agak2 dalam 1/2 kilo transfer masuk loyang..aku  gaulkan ngan santan pekat yang dah dicampur ngan secubit garam...dah sebati santan ngan pulut tu pastu aku tekan n mampatkan dalam loyang..kukuskan kejap dalam 10 min utk bagi betul2 masak pulut tu..pastu aku biarkan jap pulut tu sejuk sket dalam anggaran masa 10 min gak...

sementara tu aku siapkan bahan untuk bahagian atas..santan pekat 3 cawan, air secawan, durian 2 cawan, gula 3 sudu besar, telur 2 biji, tepung gandum 3 sudu besar n tepung jagung 1 sudu besar..bahan2 ni sume aku blend sampai hancur dan tak berketul tepung tu..dah siap sume aku tuang kat atas pulut...kene tapis beb..tak nanti mane tau tepung berketul ada sesat lak nanti..


pewarna kuning takde...hijau pun bole la..aku kukus agak2 dalam 45min...agak-agak belah atas tu dah cukup masak, ok tutup api n tunggu betul betul sejuk baru leh potong.. dan ini la hasilnye...tarraaa..


ok la tu...kira untuk 1st trial ni menjadi jugak..pulut kat bawah tu nampak bersepah sket sebab aku potong guna pisau biasa...diaorang kata kalo nak cantik guna pisau plastik..he..he..janji pulut cukup lemak masin pastu lapisan atas lak terasa lemak, manis, ada rasa dan bau durian..hmmm sedappp...

13 Dec 2012

cik aje: Groupon Malaysia

cik aje: Groupon Malaysia: pernah try tak beli voucher kat Groupon nih...deal dia nampak menarik ngan harga yang reasonable..setakat ni dah penah beli 4 jenis v...

12 Dec 2012

Groupon Malaysia



pernah try tak beli voucher kat Groupon nih...deal dia nampak menarik ngan harga yang reasonable..setakat ni dah penah beli 4 jenis voucher ~ first aku try pakej ni ~ [88% Off] RM48 for 90 mins Holistic Hydra Radiance Facial + Massage worth RM410... ok la tu..murah kan..untuk RM48 tu, dia bagi la kita cuba Holistic Hydra Radiance Facial (RM260 value), eye treatment (RM90 value) plus a scalp, shoulder and hand massage (RM60 value) dari Holistic Esthetics (RM410 total value). diaorang offer jugak kalo kita berminat nak cuba beli barangan Sothys, kita dapat RM50 rebate voucher untuk treatments atau products good untuk kunjungan akan datang..


pastu cuba lak ngan makanan dan minuman..aku beli voucher ni plak..[50% Off] 2 Wendy’s Mornin' Melt Panini Breakfast for RM6.35 instead of RM12.70 (only RM3.18 per Panini) tak penah pun makan Panini..tu yang nak cuba tu...tp kecik je..makan satu tak kenyang..he..he..


nampak satu lagi offer yang agak menarik untuk aku cuba..[69% Off] RM3 for 2 cups of Kaeru Miruku Bubble Milk Tea worth up to RM9.80 (Only RM1.50 per cup) murah tu...satu cup RM1.50 jer..sedap..kalo ada offer lagi lepas ni mesti beli ;)


semalam aku belek belek lagi offer kat Groupon dan jumpa iklan ni..[Up to 81% Off] 4-Course Authentic Hyderabadi Meal at Hyderabad Recipes for 2 (RM28) hmm...not bad..kita cuba lak authentic Hyderabadi meal..


banyak makanan tu...cuma RM28 je untuk 2 orang berbanding harga asal dia RM102.40..kita tunjuk gambar dulu kasi hepi hepi..nanti aku dah cuba aku post kat sini kasi tau korang camne ek..


6 Nov 2012

Uncle Best Fried Chicken





hari ni jom kita citer pasal bisnes ayam goreng yang telah dan sedang aku jalankan sekarang ni...kat sini aku terangkan serba sikit untuk pengetahuan korang sume..mane tau kalo2 ada yang berminat lak kan nak cuba gak..

 =================================
Uncle Best Fried Chicken (RM4000)
=================================

* Gerai Mini Uncle Best mudah alih (Mudah disimpan)
* Dapur Takung Minyak (Deep Fryer) 15 liter (Kualiti tinggi dijamin)
* Banner Promosi (Tarik pelanggan)
* Alatan menggoreng & Penyediaan
* 1 sesi latihan (Percuma)
(Bagi yang belum ada pengalaman)

Kawasan yang mungkin menjadi potensi perniagaan:
- Pasar Malam, Pasar Tani, Pekan Sehari
- Tepi jalan, kawasan perumahan, deretan kedai
- Kampus universiti
- Kedai makan
- Kawasan sekolah
- Tepi pantai, mana-mana tempat yang mempunyai acara
- Atas lori (Boleh bergerak kemana-mana)
- Bazar dan lain-lain


- Keuntungan 100% milik anda.
- Peluang menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan
- Modal rendah, keuntungan berganda
- Rebutlah peluang ini segera. Anda mungkin yang pertama di kawasan anda.
- Mudah alih dan tidak memerlukan ruang yang luas dan mudah disimpan.
- Potensi mendapat pelanggan adalah tinggi dengan produk berjenama.
- Harga jualan amat berpatutan.

=======================
Pembayaran dan Tempahan
=======================

* Pembayaran boleh dibuat sama ada cash 1 kali bayar atau 2 kali bayar
* Untuk 2 kali pembayaran, deposit sebanyak RM2500 diperlukan untuk keluarkan set francais. Baki dibayar apabila nak ambik set tersebut.


rase-rase kalo ada yang berminat tu jangan malu jangan segan la ek untuk bertanya. boleh email terus kat raja_ana13@yahoo.com


28 Sept 2012

CTS ~ tiba juga saat last day itu..



akhirnya....tiba la jugak 28.9.2012 hari last aku kat CTS setelah bertugas kat sana hampir 6 tahun..satu keputusan yang agak berat untuk ku lakukan memandangkan CTS ni dah macam rumah kedua aku..dengan member-member yang hari hari share kisah suka duka...ketawa gaduh itu memang asam garam..


pasti aku akan rindu saat saat camni..tapi apa leh buat...aku malas nak bangun pagi hadap jem hari hari kat jalan Kuching tu nak ke Solaris..pasti gak Khausaliah akan rindu sebab aku slalu call dia pagi pagi untuk check jalan mane tengah jem..dan dia pasti akan teringat kat aku sebab selalu panggil nama aku time keje..





 pasti akan rindu time camni..kitaorang asik kuar makan makan je..




tiap tahun buat jamuan majlis raya..harap tahun depan dan seterusnya korang tetap akan sambung tradisi tu..


jugak aku akan rindu time trip CTS...


ni time gi Sri Langka..


kat Chiang Mai..


team bowling pertama dan terakhir yang aku join kat CTS...happenning time ni..aku tak penah main bowling pun sebelum ni..tapi best la jugak ek game ni..he..he..



 at last dapat runner up..tengok Cik Aje diri sebelah sapa tu..he..he...


last day member-member belanja makan kat Ole Ole Bali...

time nak balik aku cam biasa je...gi round jumpa member sambil salam2..then kemas2 barang aku yang kemain banyak lagi kat meja.....takde email perpisahan dari aku...tak nak rasa sedih...lagi pun aku tak rasa ini perpisahan aku ngan kengkawan...ala..aku kat Selayang je..bukan jauh pun ngan Solaris tu...calling2 aku datang la lunch sesama..

entah entah nanti aku niaga kat area Solaris gak...he..he..


Adiossss...


cik aje: CTS ~ tiba juga saat last day itu..

cik aje: CTS ~ tiba juga saat last day itu..: akhirnya....tiba la jugak 28.9.2012 hari last aku kat CTS setelah bertugas kat sana hampir 6 tahun..satu keputusan yang agak berat...

11 Jul 2012

Niaga kat Bazaar Ramadhan...



hari ni memang bz betul..aku sesaja amik cuti hari ni sebab nak kene amik lesen dan cabut undi untuk tapak bazaar ramadhan nanti...planning nak mohon untuk tapak kat Pinggiran Bt Caves...tapi sampai kat sana diaorg kata tapak tu diambil alih oleh pihak JKK kawasan tu..tinjau-tinjau lokasi yang agak panas tapi barisan orang beratur....tu dia...dah melimpah-melimpah...2-3 jam beratur, mau tak tentu leh sampai turn aku ni kang..cuaca lak nampak semakin mendung..anytime hujan leh turun ngan lebat..

sebelum beratur untuk dapatkan tapak pilihan kita, dokumen kene lengkap dulu..salinan i/c, kursus pengendali makanan, dah dapatkan suntikan TY2...kalo belum ada sijil kursus & kad suntikan, ada kaunter khas yang disediakan untuk sume tu...beratur lagiii....

tak daya aku nak beratur panjang2 tu..disebabkan aku dah ada sijil kursus pengendali makanan tapi tak amik suntikan TY2 lagi, jadi aku buat keputusan untuk dapatkan suntikan tu kat klinik swasta je la..tak yah tunggu lama2..bayaran pun sama je ngan yang kat kaunter MPS ni.. ngam-ngam aku gerak, tu dia....hujan turun selebat-lebatnya...

dipendekkan cita, 2 jam selepas tu, hujan dah reda, aku pun datang balik kat tempat mohon lesen tu..orang dah kurang..tapi banyak tapak kawasan best dah takde..habiss...aku tinjau2 lokasi yang tinggal tu...at last buat keputusan untuk cuba tapak bazaar ramadhan kat Kg Melayu Sg Buloh...harap2 lokasi bagus..semua urusan di selesaikan pada hari tu jugak..ambik gambar, buat bayaran, cabut undi tapak, dan dapat lesen terus...senangkan macam ni...tak yah nak datang banyak kali..nampaknya MPS dah ada peningkatan..walaupun staf yang jaga kaunter masih lagi slow service..

ok..nak prepare apa2 yang patut ni...semangat-semangat..  ;))


7 Jul 2012

Bisnes ~ 1st day turun padang..




Alhamdulillah...penantian utk buat penampilan pertama dah bermula..walaupun ada halangan yang mendatang, aku mesti tabah menghadapinya untuk merealisasikan impian...

penampilan pertama ni kat Sg Besar sempena dengan Konsert Amal Retro dan Himpunan Bikers..

kenapa Uncle Best?? hmmm kenapa ekkk...mungkin sebab aku suka sangat makan ayam ni tiap kali jumpa kat pasar malam....bau nya dari jauh lagi kita dah tau ada orang niaga Uncle Best Fried Chicken kat depan tu..he..he...mengancam betul...

planning asalnya bukan Uncle Best Fried Chicken tapi Uncle Bob Fried Chicken...dua dua brand ni memang saingan yang kuat..produk sama je cuma Uncle Best ada jual pelbagai jenis hotdog selain dari kepingan filet ayam....tapi bahagian marketing Uncle Bob ni susah la nak contact...aku dah siap call...dia kata nanti dia call balik...tak jugak...pastu aku tinggalkan mesej kat hp, hantar email lagi kat diaorang buat pertanyaan sebab aku ni minat nak join bisnes diaorang...payahh...payah...tak jawab jawab sampai sudah...punye le bz ek sampai tak heran pun ngan client punye mesej...

sambil tu aku pun browse lagi sampai la aku jumpa ngan info pasal Uncle Best ni...aku call dan marketing dia melayan tiap soalan aku dengan baik, sabar dan hormat...aku pun gi jumpa ngan budak marketing tu...tanya lagi soalan nak bagi puas hati..then dia bawak aku jumpa ngan owner produk ni..aku rasa puas hati dengan semuanya dan terus join bisnes franchise ni...siap..

hari pertama dah tak menang tangan...orang beratur panjang nak merasa ayam ni..

hari kedua aku terima kunjungan YB Noriah Kasnon...he..he...suka...

apa pun selepas ni aku akan berusaha lebih gigih lagi untuk memastikan bisnes ni terus bernafas dan maju dan aku dah mula bayangkan apa target yang harus aku capai selewat lewatnya sehingga awal tahun depan.
doakan aku suksess....