25 Dec 2011

cik aje: Aroma Ikan Bakar Jeram

cik aje: Aroma Ikan Bakar Jeram: Kali ni lokasi jalan-jalan cari makan kita = Aroma Ikan Bakar Jeram . Ramai member dah gi sana & rekomen kat aku supaya pegi try tengok cama...

Aroma Ikan Bakar Jeram

Kali ni lokasi jalan-jalan cari makan kita = Aroma Ikan Bakar Jeram. Ramai member dah gi sana & rekomen kat aku supaya pegi try tengok camane..Perjalanan dari Selayang melalui Templer Park, Rawang dan terus amik highway Latar. Kejap je dah sampai simpang nak ke Kuala Selangor. Kalau ikut Latar ni, perjalanan cuma 20 minit je. Tak yah nak lalu laluan bengkang bengkok kat Ijok nun....dengan berderet-deret kenderaan lagi...

Dari simpang tu pulak, kene belok kiri. Kalau amik kanan, pegi Kuala Selangor le jawabnye..daripada situ, perjalanan lebihkurang 10 minit then dah boleh nampak signboard Medan Ikan Bakar kat belah kanan. 


Ada beberapa kedai makanan laut kat sana tapi nampaknye yang paling popular dah tentu la Aroma Ikan Bakar. Berderet-deret kenderaan. Ni first time aku pegi. Dah call awal tapi pekerja tu suruh walk in je tak yah booking. Nasib baik aku datang tercepat 10 - 15 minit je sebab lepas tu bukan main ramai yang berdiri je tunggu meja kosong. Ada macam-macam jenis tempat makan. Dari meja biasa, bawah khemah, dalam pondok buloh, makan bersila mengadap laut la....agak frust gak sebab tak dapat meja yang mengadap laut tu...kalu tak mesti lagi feeling ek...


Dah dapat meja, aktiviti seterusnya kene gi pilih ikan atau udang atau makanan laut yang mane kita berkenan kat belah depan kedai tu. Beratur panjang gak..ada berjenis-jenis hasil laut..yang penting sume pun fresh..mesti baru mendarat nih..  dah siap tu kene gi timbang & kasi taw nak masak apa..jangan lupa kasi taw nombor meja..kang tak sampai lak lauk sume..


Menunggu makanan agak lama gak...anak-anak aku dah start tak taw diam..berlari ke sana sini..sibuk nak gi tengok laut je kejenya..Hafiz lak memang dah hyper aktif dah..ada skali tu, tergolek kat tanah...ehhh dengan selambanya dia bangun dan berlari balik..aku dah tak kuasa nak marah..

Agak-agak dalam setengah jam ke 45 minit menunggu baru le sampai makanan aku...perut memang dah berkeriok je nih..nampak je lauk-lauk tu, aahhhhh best sungguh..

ikan bawal sweet sour

ketam goreng bercili

butter prawn

kailan campur cendawan
ni je la yang aku order...tu pun dah kira banyak sebab yang nak makan nye cuma 2 orang dewasa. hafiz ngan daniell makan banyak mane benau.. masakan memang sedap..hilang tension sebab kene tunggu lama tadi.. makanan laut memang terasa fresh..
mane satu nak start nih...


untuk hidangan sebanyak tu aku bayar RM66 jer... murah kan....perghhhh...banyaknye aku makan...sakit perut dah ni...

dah selesai sume, moh kita jalan-jalan tepi pantai...lepak-lepak jap amik angin petang..








   

17 Dec 2011

cik aje: CTS Christmas Party 2011

cik aje: CTS Christmas Party 2011: Phewww..lama betul dah tak hapdet blog ni...bz memanjang...padahal punye le banyak citer...takpe..sume tu kita rewind balik la ek..kene tuli...

CTS Christmas Party 2011

Phewww..lama betul dah tak hapdet blog ni...bz memanjang...padahal punye le banyak citer...takpe..sume tu kita rewind balik la ek..kene tulis kalu tak nanti lupa & hilang dari ingatan..

untuk tahun 2011 Christmas Party CTS diadakan di PLOY kat area Damansara Height - jalan kaki je dah bley sampai kat pintu ke 2 Istana Negara. tahun ni tema yang diberi = razzle dazzle..konon nak kene lip lap jadi cam artis sket la...tak kuase la pulak..janji aku pakai baju merah, udah..


sampai sana agak lewat...biase la tu..standard aku...gi ke mana pun lewat...sampai sana je diaorang kasi la hadiah secret santa aku..pastu suruh pilih doorgift = topi christmas la tu..



suasana agak membosankan malam itu...aturcara lambat...pewut dah le lapar tak makan dari lunch tadi..lambat lak diaorang ni panggil makan..asik dok tuang orange juice je...kembung pewut weii.. at last dah dekat kul 9 kut, baru la start...our big boss kasi ucapan sket...kitaorang tunggu dia umumkan bab bonus je...tapi tak de la pulak...tengah workout lagi la bagai...hmmm..then ada persembahan ballet, ada persembahan jazz yang agak membosankan, acara makan-makan & ada games jugak yang not bad la...sume pun bley ketawa bagai nak rak..sambil tu layan diri la ngan buffet..




antara dessert yang laris..

yang ni ala-ala puding durian..sedappp sangat


untuk cabutan bertuah aku dapat hamper makanan yang berharga rm100. macam-macam menda makan dalam tu..hamper separas pinggang..jenuh le aku nak mengangkatnye masuk kereta..yang pasti anak-anak aku pasti akan bersorak gembira pagi esok sebab dapat kendurikan pelbagai makanan tu..
dah dapat lucky draw still tak bley balik lagi...ada lagi yang aku tunggu...

taraaaa..ni la dia...


dan satu lagi yang tak kurang penting bagi aku..

percubaan kali pertama yang membuahkan hasil ;))

bowling team bergambar ngan big bos

aku tinggalkan majlis lebihkurang hampir kul 1 pagi...tak larat dah nak tunggu..masih ramai lagi kat sana sebab dance floor baru je dibuka..chow..



14 Oct 2011

10 Punca Jin Tinggal Serumah..

Untuk renungan bersama...

1.Tapak rumah ada punca air mata air 

Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air…
kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin…
dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau…
Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam…
kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar…
kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah…

Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah…
Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang ‘berhantu’…
kerana ia di bina di kawasan penempatan jin…
Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah, tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah swt seperti kita juga…
Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman…

2. Tapak rumah ada kubur 

Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru,
Kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya ada jasad manusia yang di buang ( mungkin kerana dibunuh atau kemalangan )
Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu hendaklah dipindahkan terlebih dahulu..
Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya…
Maka tempat itu akan jadi ‘berhantu’, sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan

3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin

Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana ‘buang ilmu’, ‘buang penyakit gangguan’ atau sebagainya…
Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin…
kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan…
maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya…

4. Dalam rumah ada tangkal sihir

Iaitu, dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi ‘pagar rumah’…
Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya…
Atau, tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya…
kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan…
Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal…
Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi ‘rumah’nya…
Maka rumah itu akan mula ‘berhantu’…

5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia

Iaitu, kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada…
Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu…
Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi ‘hantu’ yang berkeliaran dalam rumah..

6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya

Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyang atau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa, percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat…
Kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi ‘dalang’ kepada rumah-rumah ‘berhantu’…
(patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia…).
Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya…

7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin

Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu…
Samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka…
Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu…
Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya
Maka jadilah ia rumah ‘berhantu’…
kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya…
Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan
terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya

8. Rumah yang disihir

Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah…
Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah..
kemudian, ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin,
terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat…

9. Mengamalkan ilmu sihir

Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang ‘menjadi’ atau berbisa itu adalah kerana  penglibatan jin di dalamnya…
Biasanya, kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir, maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,
mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun,
mana-mana saja pun boleh jadi.
Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur,
iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang ‘mengambilnya’…
Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun..
dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang…


10. Jin liar ikut pulang

Iaitu, biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana, samada siang apalagi di waktu malam tanpa pendinding atau persediaan… maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab,
jin itu ikut pulang ke rumah…
Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka…

Wallahualam..........







   


27 Aug 2011

cik aje: Entry ni sebenarnye untuk kelmarin...tapi biase la...

cik aje: Entry ni sebenarnye untuk kelmarin...tapi biase la...: Entry ni sebenarnye untuk kelmarin...tapi biase la..dah terbabas-babas takde brek..pagi khamis tu, subuh subuh shafie lagi aku dah dapat mes...

Tako oh Tako

Entry ni sebenarnye untuk kelmarin...tapi biase la..dah terbabas-babas takde brek..pagi khamis tu, subuh subuh shafie lagi aku dah dapat mesej dari AEON Credit Centre. nak kan confirmation whether aku ada transaksi tak untuk pakaian yang dibeli melalui internet...dekat RM600++  angin aku ni..dah sah-sah ada orang dah guna curik guna credit card aku..so diaorang suh datang kaunter and isi form untuk diaorang mulakan investigation..75 hari tu..lamanya nak menyiasat...lembap ke hapa...?? whatever la...tapi yang pelik camne orang bley hack credit card punya nombor tu...?? kan card tu dok dalam purse aku jek?? ni yang musykil nih...

ok...ok...yang kat atas tu mukadimah je..sebenarnya nak citer pasal satu makanan yang aku rasa dah macam addicted la pulak..bila aku sampai kat mane mane Jusco, aku mesti nak gi cari menda nih..mula mula dulu..ala tak best la kuih ni..apa la diaorg ni sibuk sangat ngan Tako ni..dah kene 2-3 kali makan...hemmm sedap la pulak..tak taw lagi korang penah makan ke idak..tengok je la gambar dia kat bawah ni...






ada banyak inti..antaranya...



octopus tu rasa original...diaorang mesti rekemen yang ni..



tu dia...dah hampir nak masak..


dah siap....tinggal nak isi dalam box jer..
Lupa nak snap Tako yang dah siap di isi dalam box..sebab agak rushing..orang dah azan..aku buka puasa makan kuih Tako je la.. ;)





   

21 Aug 2011

cik aje: Singgah jap kat Jalan Pasar

cik aje: Singgah jap kat Jalan Pasar: Hari ni aku tak taw nak pegi mane..pagi-pagi dah kluar umah untuk buat assignment McD ni..dah siap keje aku pun dok pk mane nak pegi jenjal...

Singgah jap kat Jalan Pasar

Hari ni aku tak taw nak pegi mane..pagi-pagi  dah kluar umah untuk buat assignment McD ni..dah siap keje aku pun dok pk mane nak pegi jenjalan..ooooo lama dah tak ronda kat Jalan Pasar..kadang bukan beli apa pun tapi suka tengok barang-barang yang dijual kat sana. Sampai sana walaupun baru kul 10 pagi tapi dah ramai orang berkeliaran gak..sama la cam aku nih..

Kedai yang first aku gi tengok mesti tempat orang jual ikan hidup a.k.a. hiasan. Leka jap la menengok ikan-ikan yang berwarna warni tu...harga memang murah..ada yang singgit je sekor..dalam hati dah berkira-kira nak beli akuarium kecik...geram tengok ikan yang kenit-kenit tu..

antara ikan-ikan yang dah siap packing..

udang galah pun ado..

kura-kura takat tengok je la..takkan nak beli lak... 





















































   
daniell sibuk nak jam...udahnye beli la jam otomen


 mesin jahit mini pun ada ..aku dah penah beli tapi tak jadi pun cam orang tu buat..sudahnye menda tu dok atas lemari jek..



parfum pun ada...tapi disebabkan stok minyak wangi aku masih banyak..lenkali je la..


sapa-sapa yang gemar collect lighter, tu diaa...macam-macam pesen ado..

dah beli satu...keje mengasah pisau jadi lebih mudah..
gerai ni best...jual baju tido/kelawar je...harga murah beb..

ada banyak menda lagi yang dijual kat sana tapi ni je yang sempat di snap..diaorang tu tengok-tengok bila aku nak amik gambar..nak-nak pulak yang jual vcd pirate tu...ha..ha...




15 Aug 2011

cikaje: Bazar Ramadhan Selayang Baru

cikaje: Bazar Ramadhan Selayang Baru: "Kali ni cik aje bawak gi melawat Bazar Ramadhan Selayang Baru ...ni antara bazar yang cik aje tak miss tiap-tiap kali tiba bulan puasa. Dala..."

Bazar Ramadhan Selayang Baru

Kali ni cik aje bawak gi melawat Bazar Ramadhan Selayang Baru...ni antara bazar yang cik aje tak miss tiap-tiap kali tiba bulan puasa. Dalam sebulan tu, berkali-kali gak la mengulang tempat ni...makanan dia banyak yang sedap-sedap walau dah tak semeriah dolu-dolu..bila kenang-kenang kan balik, owhhh... dah 20 tahun cik aje jadi pengunjung setia bazar ni...hu..hu...lame tu..

Bazar ni terletak kat depan Balai Polis Selayang Baru. jom kita usha apa yang ada..



Gulai kawah ni nampak sedap dan menyelerakan...tapi cik aje blom penah beli lagi...jadi tak dapek le nak terangkan...tapi rasenye sedap la kot...sebab gerai ni slalu ramai orang datang le..

 ni pulak gerai murtabak Pak Din...antara murtabak yang sedap...banyak cawangan dia ni..mungkin bley jumpa kat bazar lain gak...dolu-dolu bila nak beli, punye la kene beratur panjang...sekarang stok sentiasa ada..datang je hulur duit dah dapat murtabaknye...mungkin cara kerja yang sistematik atau saingan dah ramai..

 ni salah satu gerai murtabak yang jadi saingan untuk murtabak Pak Din..gerainya pun berdepan je...alahaii..

 pakcik jual laksa ni senyum-senyum je bila aku amik gambar laksa dia...ni antara laksa yang kaw...tak menyesal beli...murah dan sedap..tapi kat dalam plastik tu takde telur rebus la.. bila makan, cam ada sumthing yang missing jer ;)

 owhh...pak cik tu kata dia tak letak telur sebab dia tak nak naikkan harga... RM2 je forever ever...camtu lak pakcik yer...

nampak je popiah ni penuh satu meja...kejap je dah settle..punya la ramai peminat popiah ni..satu longgok kira RM3 je..


 agar-agar warna warni dan manisan dari pantai timur tak ketinggalan..sesekali aku beli gak..sedapp..

haaa....ini speciality kat sini....Nasi Ambeng....kat tempat lain ado?? aku suka berdiri depan gerai ni tengok dia bungkus nasi ambeng....campur macam-macam.....nasi puteh, ayam masak kicap, sayur tempe goreng, mee goreng, meehoon goreng....ho..ho...banyaknye...


last skali sampai kat gerai pulut udang...kat sini memang kene sampai last sebab pulut udang dia masih panas lagi, baru angkat dari dapur..satu = 50 sen...ok le tu..bila dah bawak balik pun masih panas lagi..nyum..nyum..

Setakat ini la dulu untuk kali ini...kalo nak diikutkan ada lagi gambar-gambar lain, tapi cik aje rase cam banyak sangat la pulak gambarnye..tak pe la..kita kasi chance kat bazar ramadhan lain la pulak ek..





   

cikaje: Bazar Ramadhan Taman Selayang Jaya (Selayang Mall)...

cikaje: Bazar Ramadhan Taman Selayang Jaya (Selayang Mall)...: "Kali ni mari kita gi melawat Bazar Ramadhan kat area Taman Selayang Jaya . Landmark dia betul-betul kat depan Selayang Mall . Senang je nak..."

14 Aug 2011

Bazar Ramadhan Taman Selayang Jaya (Selayang Mall)

Kali ni mari kita gi melawat Bazar Ramadhan kat area Taman Selayang Jaya . Landmark dia betul-betul kat depan Selayang Mall. Senang je nak cari. Ni antara bazar ramadhan yang best dan banyak pilihan. Meh kita tengok apa yang ada kat sana....


wahhh...kat sini pun ada ikan patin masak tempoyak...ok la tu..2 ketul = RM5..rasa boleh tahan..pada sape-sape yang teringin nak makan seketul dua tu, boleh la cari kat sini...

gerai ni jual nasik lemak...antara gerai yang laris...ramai orang berpusu-pusu kat sini..nak amek gambar pun susah..asyik ada enterframe je...cik aje tak penah cuba beli kat sini lagi....sebab cik aje dah nampak sesuatu yang agak pelik...he..he..apa tu...jom tengok..
ni le menda pelik tu...

soree..gambar blur la pulak...
ni la dia yang buat cik aje berdiri terpegun jap kat gerai tu...dok belek-belek, tanya-tanya sampai musykil dah orang yang berjual tu...dia ni nak beli ke tidak ni..banyak benau tanya la...mane kan tidak...dia masak lemang dalam periuk kera...walauweh...jadi untuk tak menghampakan...cik aje beli le 2 ketul nak rasa sedap ke idak..masa dah sampai umah dan dah time bukak puasa, cik aje terai ler...ok je..not bad..memang rase cam lemang tapi agak lembut skit..lemak dia sume cukup..cuma cik aje dok pk mane le dia dapat stok periuk kera tu ek...berlambakkk....
 


isi ayam je...takde kulit takde tulang...makan time tengah panas2...mabeles..

kepak ayam..murah dan sedap..tongkeng ayam....lagiiiii sedap ;))


korang kenal tak ikan tuka tu camne..??
 last skali sampai kat gerai ikan bakar...tak beli pun...tinjau-tinjau je apsal ramai sangat orang kat sini...nak amek gambar pun susah...brother depan tu tak moh gi tepi la...hari nak dekat kul 7pm...cik aje beransur le dulu...