27 Aug 2011

Tako oh Tako

Entry ni sebenarnye untuk kelmarin...tapi biase la..dah terbabas-babas takde brek..pagi khamis tu, subuh subuh shafie lagi aku dah dapat mesej dari AEON Credit Centre. nak kan confirmation whether aku ada transaksi tak untuk pakaian yang dibeli melalui internet...dekat RM600++  angin aku ni..dah sah-sah ada orang dah guna curik guna credit card aku..so diaorang suh datang kaunter and isi form untuk diaorang mulakan investigation..75 hari tu..lamanya nak menyiasat...lembap ke hapa...?? whatever la...tapi yang pelik camne orang bley hack credit card punya nombor tu...?? kan card tu dok dalam purse aku jek?? ni yang musykil nih...

ok...ok...yang kat atas tu mukadimah je..sebenarnya nak citer pasal satu makanan yang aku rasa dah macam addicted la pulak..bila aku sampai kat mane mane Jusco, aku mesti nak gi cari menda nih..mula mula dulu..ala tak best la kuih ni..apa la diaorg ni sibuk sangat ngan Tako ni..dah kene 2-3 kali makan...hemmm sedap la pulak..tak taw lagi korang penah makan ke idak..tengok je la gambar dia kat bawah ni...






ada banyak inti..antaranya...



octopus tu rasa original...diaorang mesti rekemen yang ni..



tu dia...dah hampir nak masak..


dah siap....tinggal nak isi dalam box jer..
Lupa nak snap Tako yang dah siap di isi dalam box..sebab agak rushing..orang dah azan..aku buka puasa makan kuih Tako je la.. ;)