29 Apr 2012

Cameron Highlands...buat kesekian kali..


Cameron Highlands...sampai lagi aku kat sini..takpe..berapa kali datang sini pun tak kisah...sebab aku suka sangat ngan tempat ni...suasana sejuk..relaks je kat sini walaupun kebelakangan ni ramai sangat pengunjung kat sini. Datang ni pun saje nak nyibuk tumpang trip adik beradik aku..dah kakak aku booking 2 bilik besar kat sini..apalagi...semua pun nak ikut...

Tiba kat sana petang sabtu, kenderaan dah berderet-deret (ni yg tak gemar ni..)..check in & lepak2 kejap...pastu dah tentu le memasing tak sabar nak merayap gi pasar malam..tempat wajib yeng memang kene pegi..

madu lebah ngan sarang
mcm jambu mcm apple pun ada..

best...best...mcm2 yang kita leh jumpa kat sini.. tak penat dan tak jemu nak ronda..orang jangan cakap la...punye le ramai..jalan jem cam kat kl la pulak..

ni asam2 menda wajib kat sana,,


 berjalan dalam sejam dua kat sana then badan letih..cuaca makin sejuk..mata dah ngantuk...iye la..letih drive tadi tak abis lagi...esok dah tentu pagi2 nak berjalan lagi..


pasar pagi tentu tak sah kalau kita jumpa kaktus kenit2 ni..


ni baru first time jumpa kat sini..dia buat cam goreng pisang tapi guna sayur2 cam kuchai, cendawan dan lain lain...menarik dan rasa sedap..

pasar pagi tak sehebat pasar malam tadi tapi ok la jugak..peniaga dia pun banyak yang meniaga malam tadi gak..

kunjungan ke Cameron Highlands kali ni macam biasa..suka dan rasa segar..pengalaman berjalan-jalan di pasar malam semalam membuatkan minda aku terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru..sesuatu yang positif untuk hidup aku..aku balik KL dengan idea yang segar dan azam yang membara..aku pasti kembali lagi kesini untuk menjayakan idea tu..apa tu..?? dalam beberapa bulan lagi pasti aku akan update..




Adiossss...

12 Apr 2012

cik aje: Shida Yaacob meninggal dunia??

cik aje: Shida Yaacob meninggal dunia??: agak lama juga aku abaikan blog ni sebab sibuk ngan rutin harian yang semakin padat tapi lewat malam tadi pertanyaan dari beberapa orang sa...

Shida Yaacob meninggal dunia??


agak lama juga aku abaikan blog ni sebab sibuk ngan rutin harian yang semakin padat tapi lewat malam tadi pertanyaan dari beberapa orang sahabat lama membuatkan aku tertanya-tanya... mereka inginkan kepastian jika benar khabar angin yang bertiup kencang malam tadi tentang salah seorang rakan satu sekolah kami (SEMERA) telah pergi mengadap Ilahi - iaitu Shahida Yaacob atau lebih kami kenali sebagai Shida.

aku masih belum dapat mengesahkan kebenaran berita ini tapi melalui perbualan dengan beberapa orang sahabat melalui laman Facebook, ramai yang dah mengiyakan cerita tersebut..

apa yang diberitahu ialah jenazah arwah telah dikebumikan siang tadi di Kota Damansara S9 dan meninggal dunia akibat sakit leukimia...

aku akan cuba dapatkan info yang lebih lengkap dan juga pada kengkawan yang ada maklumat terkini boleh la share pada member member lain melalui laman Facebook Semera..