21 Apr 2011

Bali (part 1)

Kali ni jom kita bercerita pasal trip gi Bali…mane taw kalau2 ada geng yang nak pegi jenjalan sana..so bley dapat sikit info dari sini ye….

Kitaorang kene assemble kat LCCT kul 7.00a.m. untuk check in jadi kul 5.00a.m. dah mesti terpacak kat airport tu. Bukan tido pun sebelum tu…satu, sebab excited nak gi berjalan, lagi satu aku takut betul kalo tertinggal flight....naya beb….jadi aktiviti aku pada malam tu hanya la ngadap internet dan facebook sebab kul 3 pagi dah kene gerak dari rumah.

Gitu gini gitu gini pukul 9.25 kitaorg pun naik le flight dan sampai ke Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali pada pukul 12.30p.m.. sampai je kat airport diaorang tu kita dah rase suasana Bali sungguh…dari muzik, lagu2, bau frangipani yang menusuk hidung, ukiran2 seni dan mcm2 lagi la..


ni antara ukiran2 kat sana


Sampai sana dah time makan tengahari…perut dah lapau nih…bab makanan..ada banyak restoran kat sini..tp kene le check dengan lebih teliti…memang muka diaorang sama je cam muka orang Indonesia yang lain tapi majoriti kat sini beragama Hindu… dan daging ‘oink…oink.’ a.k.a. ‘vavi’ dijual berleluasa kat sini…cam kita kat KL jual daging ayam le..nak selamat, kita cari la restoran Minang atau restoran yang ada tanda HALAL.

Sepanjang 4 hari kat sana kitaorg stay kat Risata Bali Resort & Spa Hotel, Kuta. Kat Bali ni tempat tinggal memang tak jadi masalah sebab berlambak. Pilih je nak hotel murah ke mahal ke, tepi laut ke….yang penting uang nya ya bu..


Petangnye pulak kitaorang gerak pegi ke selatan Bali - Uluwatu. Diaorang kata tempat ni wajib pegi sebab pemandangan yang sangat cantik waktu matahari terbenam. Juga disini jugak ada persembahan unik tradisional yang dipanggil Kechak Dance yang mana ianya ditari kan ketika matahari hampir terbenam. Ianya ditari kan oleh sekumpulan lelaki – berpuluh-puluh orang, bertepuk, berlagu macam beratib dan adakala bersorak-sorak. Semuanya tanpa alat muzik. Dia orang ni buat macam ala-ala drama tari berkisahkan cerita klasik Ramayan. Aku tak le minat nak nengok sangat menda2 camni tapi dah termasuk dalam itinerary…nak wat camne….kalo bley lepak dalam bas, aku tido je la jawabnye..
 

 


Malamnya pulak kitaorang makan malam kat Padang Food Restaurant. Makanan nye biase la…cam kita makan kat restoran Padang kat KL gak.

lepas tu takde aktiviti lain...sebab dah letih giler dok berjalan dari siang...esok nak kene bangun pagi lagi..so cik aje beradu je la ek...


 akan bersambung........